Monday, June 27, 2011

entri Kuciwa....



Ngkorang pernah tak rasa kuciwa?


Bahasa bakunya mungkin keciwa, tapi saya guna bahasa P.Ramlee.


Ketika setiap perbuatan dan laku kita sering disalahertikan? Ketika sentiasa dihambat penindasan demi penindasan. Ketika bersuara itu dituduh sebagai ahli parti pembangkang dan agen perosak kerajaan? Ketika warna t-shirt pilihan juga bakal membawa kepada penahanan? Ketika media-media arus perdana pesat menjuarai kebatilan dan enggan menulis tentang kebenaran? Ketika undang-undang dan mahkamah bukan lagi saluran mencapai keadilan? Ketika masih ada kengkawan yang hanyut dek arus kealpaan, enggan menerima kenyataan. Ketika malam menatap wajah anak-anak yang tidur bersebelahan? Menanyakan diri,apakah kualiti alam yang pada mereka, bakal kita wariskan? Ketika harga barang-barang runcit dan ikan naik berlambungan? Ketika rasa tiada lagi yang dapat kita lakukan? Buntu dan hilang arah tujuan?


Maka tatkala ini, berdoa lah. Berdoalah kepada Allah... 


Ingatlah .......




‎..doa, munajat dan rintihan memanggil Tuhan adalah nyawa kepada kehidupan..dalam suka, dalam duka, dalam indah, dalam gundah..kepada Allah tempat kita menadah..dunia ini sempit apabila mata hanya memandang sempadan hidup..namun ia amat luas jika dihampar dgn doa yang ikhlas.....




p/s - entri ini hanya menggunakan gambar kucing kerana pada waktu ini, penulis berpendapat haiwan lebih tinggi darjatnya di mata Allah daripada manusia-manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi.

8 verses:

Cat-from-Sydney said...

Aunty Ahan,
(((((HUGS))))) Saya sangat setuju dengan ayat terakhir itu. Jadi kucing lagi baik dari jadi oranglah. purrr....meow!

Wan Sharif said...

Ada verses in The Book yang kata kengkadang taraf manusia lebih rendah lagi dari Haiwan..
Amin to all your nice doa.
Setuju sangat dengan entry ini. Kalau ada orang suruh angkat tangan tanda setuju.. Ayoh Wang akan angkat kedua belah tangan :))

sherry said...

Nyah..sedunya Mak baca luahan rasa ngko ini..sama2 lah kita berdoa ye Nyah..

VersedAnggerik said...

CiS,

(((hugs))) back.

kucing itu busuk pd tahinya. Manusia itu busuk pd hatinya....

Ayah Wan,

terimakasih di atss sokongan padu itu...

Pak Zawi said...

Ahan,
Walaupun dengan sedikit bilangan perkataan Ahan telah meluahkan perasaan kuciwa kebanyakan rakyat yang telah hilang segala harapan untuk melihat hidup yang lebih baik bagi generasi hadapan. Apakah pemimpin2 kita telah buta mata hati mereka?

VersedAnggerik said...

Sherry,

Iyer nyah, itu lah mood kuciwa mak semalam. Tapi hari ni mak dah okay, kembali positif semula dan akan meneruskan perjuangan berhabis-habisan....

Pak Zawi,

Saya rasa apa yg saya rasa ini juga dirasakan ramai sbb itu mudah bagi yg merasainya juga utk mengerti dgn ayat yg sikit sekalipun. Semoga pemimpin2 kita sedar sebelum terlambat....

Aripin said...

jehan, baca tulisan kau ni macam ayat2 sasterawan negara, memang betul
semakin hari rakyat semakin terbeban, seminggu dua ni aku rasa nak beli ikan pun susah apa dah jadi kalau dulu musim tengkujuh je nak cari ikan susah. sebagai rakyat kitalah sepatutnya berusaha mengubah keadaan ini janganlah kita menjadi rakyat yang bebal, pilihlah pemimpin kita dengan betul bukannya menyokong membabi buta...gunalah akal...jangan terlalu memikirkan kedunian..ingat hidup di dunia ini amat singkat, akhirat kekal abadi...

VersedAnggerik said...

Aripin,

mak ni jarang2 ber blog dlm bahasa Malaysia sbb takut orang salah sangka ni blog sasterawan negara..... muahahaha!

Actually nya, saya mmg sangat2 terasa dgn kekangan ekonomi yg terujud dek salah tadbir kewangan negara kita. Dan kengkadang terpikir juga bagaimana dgn merak yg berpendapatan rendah? Perit saya rasakan, pastinya lebih perit bagi mereka.

Hatta, rintihan yg tidak keruan di blog ini!