Truth is, I'm a bit pissed off with the going ons happening around me. Yes, its happening around you people too, if you care to sit down and give an ounce of thought about it. Worrisome, that is all I can sum it down to be.
Recently Husna asked me an innocent question that got me thinking. She came leaping into the car the last day of school, just before the holidays, with a barrage of questions for me. "Mak, mak, Adik nak tanya! Adik nak tanya Mak nih. Adik nak tahu ni!"
I asked her, as I turned the corner of the parking lot, heading home with her. "Apa dia Adik?"
"Mak ada pencen tak? Mak boleh tak pencen? Pencen sekarang boleh tak Mak?" she asked, like a bullet train, shooting all her questions all at once.
A bell started to ring in my head. I know for a fact, something must have triggered this barrage of queries. So, I took a deep breath and answered her, "Mak kerja sendiri lah Adik. Tak ada pencen."
I heard her gasped, and she retorted in astonishment, "Tak ada pencen? Mak kena keja untuk selama-lamanya ke? Mak tak boleh rehat ker bila dah tua?"
I didn't want to answer that morbid question, so I sidestepped her question with one of my own. "Kenapa Adik tiba-tiba cerita pasal pencen nih? Why the sudden interest in pension and pensioners?"
muka puzzled dengan soklan budak Husna nih....
She took a sip of water from her Dora the Explorer water bottle and lauched off into explanation, "kawan Adik, emak dia dah nak pencen minggu depan. Dia cakap, nanti emak dia duduk kat rumah, masak untuk dia, tunggu dia balik dari sekolah, buat homework dengan dia, boleh bawak dia pergi taman petang-petang. Dia cakap emak dia dah tak payah gi kerja dah sebab dah pencen, tapi bulan-bulan masih ada duit pencen. Adik nak lah Mak pun macam tu. Adik nak Mak tunggu Adik kat rumah, masak untuk Adik, main dengan Adik. Adik nak lah Mak pun pencen!"
Haishhhh..... so this is what it is all about erkkkk! Her need for a full time stay at home mother. And she went on still, "Kalau Mak tak ada pencen, maknanya Mak kena kerja ye selama-lamanya? Sampai Mak tua? Sampai Adik besar? Sampai bila-bila? Kenapa ya Mak?"
I wanted to reassure her that insyaAllah, I will, one day, stop working (but it sounds like a lie!) I wanted to tell her that even if she has a full time working mother, its still the quality of time that I spend with her that matters (but she won't understand that view yet). I want to tell her that its okay, we will all die first from the Lynas' thorium radiation before we all grow old, so no pencen pun tak apa (tapi bunyinya morbid lah amat sangat kan?)
Reality is, the economic and financial scenario today certainly does not look optimistic at all. It doesn't help that as of 1st of June the electricity tariffs has been increased by 7%. Just a few weeks earlier, the price of sugar has been increased by 20cents per kg. I don't even wanna talk about the prices of fuel and gas that has been on a yo-yo level ever since I could drive a car! The effect is, prices of other foodstuffs and other household essentials around us are slowly increasing whether or not we are aware of it.
The leaders, in retort to the rakyat's laments, keep telling us to be more prudent in our spending. Its like parents telling children to be more wise in managing their money when they themselves go on a spending rampage.
Just recently, the government spent a whopping RM27million for the Million Youths Assembly held last month, 18 times the initial RM1.5 million budget for the National Youth Day event. Though they are quick to defend themselves that was obtained via sponsorship from the private sector, but seriously, I just don't buy it. Read about it here.Call me old skool or whatever, but I just do not see the rationale of spending so much on a "reach out" programme such as this when we still have got poor families living below the poverty level.
This is not taking into accounts the hearsay reports about the spending habits of our FLOM aka Big Mama. I have heard so much about her extravagant spending habits from many sources but of course it is yet to be proven. Tapi orang tua-tua selalu kata, "kalau tidak ada angin, takkan pokok akan bergoyang" Which basically means, there must be some basis for all that expensive stories we have heard about you, kan Rosmah? Some can be read here and here.
Okaylah, kita rakyat biasa kena berjimat cermat. Uolls menteri, Sultan, Raja, terus-terusan hidup mewah ke? Atas duit siapa? Cerita pembinaan Istana Negara yang kos pembinaannya kita dah melambung menjadi RM800 juta pun menyakitkan hati rakyat yang hidup kais pagi dan makan pagi nih! Duit sebanyak itu, kalau diagih-agihkan pada orang yang miskin dan memerlukannya, pasti meningkatkan taraf hidup rakyat dan orang-orang yang berpendapatan rendah. I do not buy the story that the poor are lazy. They are just unfortunate! They are victims of our haywire economic system which does not lend a hand on the low and downtrodden!
The rich are just getting richer by the day, while the poor are still there, being poor. Terngiang-ngiang pesan my mother masa I mula-mula start kerja dulu. Katanya, "Ahan, dah ada kerja, ada gaji, jangan lupa sedekah. Jangan lupa tolong orang. Ingat selalu, orang miskin perlukan orang kaya untuk dunia ini dan orang kaya perlukan orang miskin untuk akhiratnya nanti!"
I wonder if those rich Ministers and entrepeneurs were ever taught this by their mothers?
Okaylah, bebel punya bebel, afternoon post dah jadi late nite post. Defeats me being the afternoon blogger when I first started out dulu. I know that I have been on a roll, about this price hike thing. Can't help it, it really gets to me!
I'm leaving you people with a poem from Dr. MAZA. Read it well, read it slow. Digest the words, the emotions that is pregnant with meaning and look deep into yourselves for a bit of empathy for the poor!
DIALOG PURBA LAMA:
FATWA, KUASA DAN AIRMATA
ini cerita purba lama..
di kala puisi ini di baca, ia sudah menjadi lagenda..
di sebuah negara bangsa, yang hanya tinggal nama..
...sebuah kisah yang sudah mengubah sejarah
pada hari raja dan bendahara sudah pun tiada
hanya tinggal kenangan, sebuah kerajaan yang keguguran
suatu tika..
ketika sang raja melata dengan bangganya,
konon, mencemar daulat, menziarahi rakyat..
maka sekelian rakyat, dikerah penat..
sang raja dihidang bukan sebarangan..
agar istana terus muliakan,
lantas ditulis kata ‘raja berjiwa hamba’
tampillah seorang rakyat yang penuh nekad..
kata penjaga: jangan hampiri duli raja!
…kamu hanya rakyat biasa, tiada pangkat, tiada nama
Jawabnya: tapi aku rakyat yang punyai hajat!
terus sahaja dia ke hadapan, tidak dapat ditahan..
dengan penuh takwa di dada dia berbicara:
Wahai sang raja! Hati apakah saudara?
tergamak membina istana harga ratusan juta laksa..
ketika rakyat hidup penuh sengsara..
tatkala kami membilang-bilang suapan harian,
anak-anak yang hendak diberikan makan..
pakaian keperluan yang wajib disediakan..
dengan penuh lelah dan susah..
bayaran sekolah dan madrasah..
harga makan yang melambung..
atap bocor yang belum ditampung..
lantai berbunyi yang makin canggung..
anak ramai yang hendak ditanggung..
malang sekali…
khazanah bumi yang patut dikongsi..
dihabiskan untuk istana sang duli..
dipotong segala bantuan dan subsidi..
untuk kerakusan nafsu berahi..
duli-duli dan menteri-menteri..
pengampu-pengampu di sana-sini..
syaitan atau sultan, bendahara atau buaya..
nampaknya sama sahaja..
menteri atau pencuri,
pengampu atau penyapu..
sudah tiada bezanya..
terus berfoya dengan harta negara..
sedangkan…
keringat kami tidak pernah berhenti..
airmata kami terus mengiringi..
derita ini terus kami warisi..
ketika kemewahan raja dan bendahara..
dilapor dalam berbagai riwayat berita..
kisah duka rakyat, siapakah yang mempedulikannya?
Aduhai celakanya…
dalam sengsara rakyat jelata..
kalian tambah istana dan kota..
sedangkan yang lama masih boleh diguna..
rumah buruk kami pula, siapa yang akan bina?
apakah jenis manusia? apakah jenis raja, begini rupa?
apakah jenis memanda dan bendahara…
yang sanggup bersekongkol dosa?!
Maka murkalah sang raja..
“derhaka! kamu menentang beta!
beta penjaga agama, jangan sebarangan bicara!”
titah mengadap ahli fatwa, supaya hukum dapat diguna..
kepada penderhaka yang menentang kesucian kita
panggil setiap yang patut, tangkap dia atas nama penghasut!
maka bersuara ahli fatwa:
..atas nama agama kita, hai orang desa,
kamu rakyat derhaka yang berdosa..
menurut hukum tuhan, raja mesti dimuliakan..
tiada engkaran, tiada soalan..
hanya kata: menjunjung titah, tanpa bantah!
Hairan sang rakyat, seraya berkata: kamu siapa?
Sanggup kamu membela dosa mengguna nama agama?
Jawabnya: kamu ternyata hanya orang biasa..
tidak kenal orang berkedudukan mulia..
mana sang mufti yang dilantik duli..
Berkata sang rakyat: aduhai, malang sekali kamu sang mufti,
Tidaklah kamu dikenali, tidaklah kamu diperduli..
Dengan nama Rabbul Izzati, aku ingin kau beri erti,
apakah tugas anta selama ini?
Terkedu sang mufti, jantung berdegup
Tapi..terpaksa disahut:
Ya! Kerja kita membela baginda raja..
agama Tuhan kami guna,
siapa derhaka kami hukum dosa,
siapa terima, kami janjikan syurga..
setiap keramaian yang diada..
kami puja, kami dewa sang raja..
dengan doa-doa yang dicipta..
atas mimbar jumaat,
ataupun di majlis tarian memikat..
rakyat mengamin, kami menjamin..
maka duli tidak perlu diri dicermin..
kami kata tuanku sekelian sebaik-baik pemimpin..
kata sang rakyat: wahai sang mufti!
jika kau pernah mengaji,
jika kau tahu firman ilahi,
jika kau faham sabda Nabi..
apakah hukum istana ratusan juta harga atas derita jelata?
Jelaskan, halal atau haram wang yang dicengkam?
jawab sang mufti: hukum itu tiada dalam agama, jangan ditanya!
katanya pula: apakah hukum rakyat yang tidak bercermat?
dengan cepat mufti menjawab:
dia berdosa, tempatnya dalam neraka..
maka baranlah sang rakyat, bangkit dengan semangat,
diasak terus sang mufti dengan sindiran bertubi:
ketika duli pergi berjudi,
habis dibelasah wang negeri,
apakah fatwa kau sang mufti?
Ketika duli mabuk arak,
habis agama berselerak,
di mana mufti terletak?
ketika raja bersenda berpoya,
habis jadi cerita rakyat jelata,
ke kota sini dan ke sana,
wang negara enak dibelanja,
sang mufti kau di mana?
Marahlah sang mufti kesayangan duli:
Diam! Derhaka hukumnya haram!
sang raja penjaga agama,
mereka payung kita,
jangan dipersenda, itu satu dosa..
mati mereka kami adakan upacara doa..
ramai yang akan membaca..
imam-imam besar dibayar..
pahala-pahala akan dihantar..
sang rakyat masih baran:
wahai mufti pilihan!
apakah Tuhan menerima pahala bacaan
dari upah wang rakyat yang dimakan?!
aku sekali lagi ingin bertanya:
Apakah hukum istana,
yang dibina atas airmata rakyat jelata?
Titah Raja: Panggil menteri, hukum si degil ini!
dia cuba menghasut rakyat dan negeri!
tidak hormati mufti, dan kesucian duli-duli..
datanglah menteri dengan pantas:
“kau penderhaka, kau pengganas,
mesti ditangkap, mesti diberkas,
agama pun dah kata kau berdosa,
maka kau dihukum tanpa perlu dibicara..
berkata sang rakyat yang dihina,
sambil tunduk dengan airmata:
aku kenal Tuhan, agamaNya, juga negara,
bukan seperti yang kalian dusta..
agama bukan untuk melindungi dosa raja,
agama bukan untuk mempertahan noda penguasa
agama bukan untuk menzalimi rakyat jelata,
agama bukan untuk penindasan orang bawahan,
agama Tuhan untuk keadilan sekelian insan
Tuhan lagi membicarakan hamba-hambaNya,
setiap pahala dan dosa ditimbang seadilnya,
bagaimanakah aku disalah tanpa mahkamah?
Apakah kamu melebihi Tuhan Yang Maha Rahmah?
Sekali lagi aku bertanya:
apa hukum membina istana dengan sengsara rakyat jelata?
aku datang dari desa yang dihimpit berbagai perit,
aku datang dari keluarga yang rendah tanpa mewah,
mengira setiap belanja dan harga,
mengundi setiap barang yang dibeli
menunggu setiap detik kehadiran gaji,
apabila aku bertanya kemewahan istana dan pembesarnya,
harta para penguasa bangsa dan kuncu mereka
dari wang negara dan harta kita,
lalu kamu menyebut tentang dosa dan derhaka..
kalian dan raja memang menempa neraka..
dan sedang meruntuhkan negara..
atas derita kami rakyat yang sengsara...
maka, ditangkaplah wira rakyat,
tiada siapa yang mampu menyekat..
kendati, dia dilupa,
dihukum tanpa bicara..
namun puisi ini, tetapi merakam memori,
untuk pertiwi yang disayang,
juga wira yang tidak didendang..
Tuhan tidak akan lupa,
setiap kezaliman ada balasannya,
harga istana yang dibina, akan tetap dibicara,
wang rakyat yang ditelan, tetap dipersoalkan,
Di Mahkamah Tuhan Yang Maha Memberikan Keadilan!









8 verses:
Ahan, it is OK for non economist to meroyan about the economy cos it is easier understood by layman like me. If only the government knows how to tighten its belt a bit, we could cushion the pain of our fall a bit.
nyah..i knew i went thru that phase when i was husna's age but it vanished as i grew up and was happy that my mom worked!!!! so enjoy it while she wants u around nyah
-lawyerlyscrewed-
Aku suka pesanan mak kau tu.
Aunty Ahan,
Wow! Panjangnya entry! Kalah Uncle Lee. Mama kata we hear you..... That's why she's doing what she's doing. purrr...meow!
As I started reading this entry, I made a mental list of things to comment... about Husna, her wanting you to stay home, about your mom's nasihat (a very good one), and price hikes etc. But after reading sajak Dr. Maza tu... hilang segala mood. I'm just depressed =( How screwed up are we, eh?
Pak Zawi,
saya ering meroyan ke bab-bab yg saya kurang arif sbb saya sendiri merasakan tempias akibatnya....
Nyahhhh,
Thanx for that insight! Had a small talk with her about this. She is quite okay now!
Azie,
ingat sokmo hok mak pesan!
CiS,
tak ada niat nak lawan Uncle Lee, cuma ter-carried away skit jer.
Nin,
I'm so sorry if this post brought about a depressed kinda mood onto U. I too am depressed with the situation of things!
With the state of the economy, I don't think any of us can afford to retire! You have 2 lovely children (not counting the feline ones), Ahan. Imagine how families of 6 or 7 would cope?
Post a Comment