Ramai yang dok tanya kat FB, Twitter dan sms, apa azam nak masuk 2012 nih. Sejujurnya, memang tiada.
Mungkin saya masih dalam mode ini?:
muahahaha..... perasan bagus.
Tahun demi tahun, berbagai resolusi yang telah saya buat. Ada yang tercapai, tetapi lebih banyak yang tak sampai. Frustasi, saya tahu saya seorang yang alpa bila mengejar cita-cita. Selalu leka dek benda-benda yang tak semena.
Jadi, tahun ini, saya berazam untuk tidak membuat apa-apa azam tahun baru. Satu kontradiksi diri, saya tahu. Kerana azam untuk tidak berazam itu sendiri adalah satu azam, kan? Konpius ke belum lagi?
ilustrasi ini mungkin buat anda faham.....
Saya tahu, ada yang mengambil kesempatan dengan datangnya tahun baru untuk berubah menjadi lebih baik lagi. Makanya, azam tahun baru mesti di tanam. Azam untuk meningkatkan produktiviti kerja, naik pangkat, belajar dengan lebih tekun lagi, adalah contoh-contoh azam tahun baru yang boleh tahan mulia, saya rasa. Itu bagi orang. Mungkin saya enggan meningkatkan tahap diri, enggan mamuliakan diri dan hanya mahu bertahan di takuk ini. Makanya, tahun ini saya tiada azam....
saya mahu jadi begini. Santai tapi tak gedikkssss....
Jadi, sudah-sudahlah bertanya ye, pada saya tentang apa azam saya. Kerana jawapannya tetap kekal tiada. Nantikan saya kembali normal (read: blogging in English) dan akan saya kongsi gambar-gambar perkahwinan Am dan Wadi di post saya nanti.
Ini sahaja post saya bagi hari ini. Saksikan anak-anak kucing ini dengan mesej-mesej dari saya. Ciaoooo....
notakaki: agak-agaknya orang nama Azam ni hensem ke tak?







4 verses:
Mengikut pengalaman peribadi saya :
Anak sedara saya ada seorang bernama Azam. Hensem jugak orangnya.
Bekas kawan sekerja, ada 2 orang bernama Azam. Kira not bad jugak la.
Konklusi : Orang yang bernama Azam memang hensem.
Azam saya utk tahun depan? Belum putuskan lagi.. heheh...
wak pon X penah ade resolusi jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
Ok..OK takyah tanya you pasal azam tahun baru.. Saya ucapkan selamat tahun baru ajelah:)).
I love the kitties on the stairs. It's okay not to have resolutions, Ahan. You do an amazing amount of good as you already. I used to make long lists of ambitious goals and resolutions. Now my resolution is reduced to just one: To Live Fearlessly.
Post a Comment